Powered By Blogger

Wednesday, November 17, 2010

fuuhhhh2..

fuh..fuh..fuh..(halau habuk)
errmm...tetiba malam ni je yang boleh edit new post, puas aku cuba-cuba dulu, tak boleh.. (internet problem atau minda aku yang masalah)..laktakkan!


Ya Allah...selesai sudah exam untuk semester pertama..tahun pengajian yang ketiga..aku di "pusat pengajian dan penyelidikan ubat-ubatan" di USM ni..sepatutnya sudah jadi kebiasaan, hidup selama 21-7 tahun masa tadika = 14 tahun aku duk menghadap exam saje untuk lulus dalam progress mencapai cita-cita aku...tapi, masih keKETARan, keGELISAHan, keGELABAHan, keRAGUan, keSAKITPERUTan + sakit kepala, muntah-muntah..(bunyi macam Hyperemesis gravidarum, iaitu sejenis morning sickness untuk ibu mengandung).. simptom-simptom ni, masih melanda..


Peperiksaan = sesuatu yang ngeri . tak sangka, air mata boleh tumpah sebab exam, aku sampai tekanan dan rumate turut tertekan sampai masing-masing call parent nak luahkan betapa stressnya exam kali ni..fuhhh! cukup tragis dan dramatis...


Exam kali ni hebat..aku tak tahu mana letaknya tahap perikemanusiaan pihak yang susun jadual periksa kali ni, cuma dalam masa ENAM hari, TUJUH paper aku perlu dihabiskan...kenapa tak buat dalam masa lima ke atau nak hebat lagi empat hari je..huhuhuhu..dan pasal paper-paper tu..aku hanya boleh tawakal saje.. cuma nak kongsi, rentetan minggu-minggu study week dan exam aku yang baru sangat je berlalu..




Study week start sangat awal..rasa macam sangat syok sebab sangat banyak masa untuk cover nota-nota yang terbengkalai..sebab sem ni paling mencabar buat lab report yang tiada penghujung..huohohohoho.. tak ape la, study sajela..sambil duk baca, aku banyak terfikir.. pasal apa yang agak susah untuk aku ingat dan faham apa yang aku belajar (risau ni)..mood study kadang-kadang ada, dan selalunya tiada..hehehe..aku bingung dan blur..tak kesah la tu..cuma berfikir yang


"aku dah buat, apa yang aku kena buat"
Bermula dengan kertas FAR 342 [cardiovascular system: berkenaan seluruh sistem jantung dan terapi-terapi] pada hari selasa 9 hb. dan besoknya FAR 321 [dosage form design I : berkaitan stability setiap bentuk dose dan pharmacokinetic yang best dengan tunjuk ajar Prof. Yuen], diikuti dengan LSP 300 [bahasa inggeris akademik : hahaha, padan muka aku, tu la kecik-kecik mak suruh speaking, lari keliling rumah], dan jumaat yang saket dengan FAR 351 [pharmacy practice: kaunseling bagai] di sebelah pagi dan FEL 372 [pharmaceutical marketing : belajar jual dadah] pula di sebelah petang...balik paper tuh pergi makan k.f.c, lepas geram...
hooh! cuti hujung minggu lepas tuh macam dah bermalas-malasan lah sket..sambung isnin minggu depannya pulak FAR 311 [pharmaceutical analysis : tak tau nak habaq la pasal paper ni, melampau-lampau payahnya] dan akhirnya selasa petang FAR 341 [renal, blood, respiratory system : macam biasa la, keseluruhan berserta terapi-terapinya sekali]...huh..nak taip pun penat!


dasyat jugak..tapi syok je la, dapat peluang nak belajar semua-semua ni..kecik-kecik dulu malas belajar..sekarang, haa..hamik kau! hihihihi..


ini baru secebis ilmu Allah yang kau cuba nak kutip..dengan berkat-Nya insyaAllah..lancarkan perjuangan ini..


..cuma mampu USAHA + TAWAKAL + REDHA dengan keputusanNya..


No comments:

Post a Comment