Powered By Blogger

Thursday, December 2, 2010

dua.puluh.satu

Alhamdulillah Ya Allah..Ya Tuhan..Kau panjangkan usiaku, hingga hari ini..sekejap sangat rasanya masa berlalu, terlalu pantas..secara rasmi, aku dah boleh mengundi [tapi fahaman politik satu hape pun aku tak pernah nak ambik kesah]..memanjatkan syukur dengan doa, dan solat sunat..agar aku mampu hadapi hidup di dunia ni, selalu dan sentiasa ada Dia di sisi..

 "tolong Ya Pemilik sebenar hati ini..jangan biar aku hanyut dalam indah dunia yang aku tahu tak kan kekal ke mana..hanya Kau yang kekal..tolong beri perhatian, walau sekelumit buatku, hambaMu..jangan, aku minta jangan Kau paling atau lalaikan hati ini..sebaik mungkin hati ini cuba dan terus cuba menyembah dan berserah.. dengan izinMu Allah yang Maha Penerima..terimalah ibadahku, walau ia tak sempurna dan banyak cacat-cela.. bahagiakanlah insan-insan disekelilingku..bantulah aku untuk memberi kebahagiaan dan kemudahan kepada mereka..selemah-lemah hambaMu ini berserah..dengan segala zat kebesaran yang Kau miliki..aku pohon, perkenankan doa ini" - amin -


air mata tak berhenti menitik lebih-lebih lagi lepas aku terima ucapan selamat hari lahir dari seorang sahabat..terlalu gembira mungkin..atau terlalu takut pun mungkin juga..apa yang sedih sangat dalam ucapan tu tak ade pun..cuma aku..aku..aku ni wanita biasa [mengaku la wanita..bukan budak-budak lagi]

1 Disember, macam hari-hari biasa bila aku ada di rumah..tak ada sambutan-sambutan khas menyambut hari lahir aku ni (sememangnya dari kecik macam tu..tak perlu sadis-sadis).cuma alhamdulillah, family tak lupa tarikh ni..mak belikan biskut hari jadi..untuk aku dan kakak..sebab hari jadi kakak esok (2 disember) :) hati saya suka dan gembira...


harapan aku..supaya aku dapat jadi anak,adik, kakak, isteri (insyaAllah) yang baik untuk keluargaku..sebab aku tahu..aku ni jenis yang utamakan kawan-kawan dari keluarga..bila dengan kawan-kawan, perangai aku agak berbeza dengan bila aku dengan family (bukanla aku bermusuhan dengan ahli keluarga aku)..cuma, aku dibesarkan dengan situasi yang kurang nak tonjolkan rasa kasih sayang antara kami..tapi aku tau, masing-masing sangat sayang dan ambil berat antara satu sama lain.. itulah pelik dan uniknya keluarga aku...aku boleh terima saja lah :)

dan akhir sekali..ucapan selamat hari jadi untuk diri sendiri!!!  
Selamat Hari 21 Afifah


-anda akan jadi lebih baik insyaAllah..jangan berenti berdoa..kerana Dia Maha Mendengar-

Friday, November 26, 2010

colourful lizzie McGuire

eheks..just have a flash back , previously i used to love hillary duff so much in the lizzie mcguire. The first series on Disney that hugely give influence of my life (tak de la sangat pun)..hahaha..because i just love the the way she act like a typical girl with low inner-strength to do almost anything but she actually could do more.

I have just finished downloading the lizzie mcGuire the movie and planned to seek for the series..kinda miss to watch them all back again because i know previously my English isn't that good..until now (reflect lizzie a bit :p)..


besties

loyal buddy and secret admirer :)

useless crush

a huge obstacle in school

ermm..a brother

luvly family

The things i like about the story is just lizzie got a cartoon character inside her reflecting the true lizzie (her thoughts and her acts) but always, what comes out from her mouth and her decisions were opposed to what she really wants. Lizzie got a very happy family with the most annoying yet cute brother, best friends, a crush, and an enemy. Very please to see the strength of relationship there and conflicts inside a normal teenage girl.( a sudden wonder that i am not teen-ages anymore..blueeeeckk!!) 



urghh..compare to others like hannah montana (miley cyrus), ermm..series of selena gomez ( i don't even know the titlle, something related to witches things), demi lovato+ jonas brothers and more after the success of lizzie, none could give better show than hillary (fanatic nampak..)..but now i realized my sisters addicted to them (boooo...:p)..

no, because the other series storyline are quite the same as lizzie , focusing on the inner spirit that one should build since young..learn to express feelings and do whatever want to do.. appreciate ourselves and our desires.. it is good, especially for growing child otherwise it would be too late to be you (contoh kalau dah tua, baru nak ada self-esteem...huhuhu)..


i have also downloaded songs by hillary duff like "fly", "why not", "what dreams are made of" and ect. remember when i was about to take SPM, i always sing the song of "fly" with my best buddy, nawal. Together we sing especially sooner the exam date comes...(an effective way to release stress and motivate each other)..and happily until now, we still can remember the words from the song and sing in the car during reunion (masa tu masing-masing dah tua)..kahahaha..  

 a song from the movie that i like the most.."WHY NOT" by Hillary Duff :)

You think you're going nowhere
when you're walking down the street
Acting like you just don't care
when life could be so sweet
So why you wanna be like that,
This is nothing new
You're not foolin no one
you're not even foolin you
So walk a little slower
and open up your eyes
sometimes its so hard to see
the good things pass you by
There may never be a sign
no flashing neon light
tellin you to make your move
or when the time is right (so)

why not (Why not)
take crazy chance
why not (Why not)
do a crazy dance
if you lose the moment
you might lose a lot
so why not why not

(why not take a crazy chance, why not take a crazy chance)

You always dress in yellow
when you wanna dress in gold
instead of listenin' to your heart
you do just what you're told
if you keep waiting where you are
oh what you'll never know
so let's just get into your car,
and go baby go! (so)

why not (Why not)
take crazy chance
why not (Why not)
do a crazy dance
if you lose the moment
you might lose a lot
so why not why not

Ohhhhh!I could be the one for you
Ohhh yeah! yes maybe no
Ohhh!! It could be the thing to do
all I'm sayin is you gotta let me know

Ah yaya yaya yayaya

You'll never get to heaven
or even to LA
if you don't beleive there's a way

(why not take a star from the sky
why not spread your wings and fly)

Oh! It might take a little
and it might take alot
But why not why not

why not
(take crazy chance)
take crazy chance
why not
(do a crazy dance)
do a crazy dance
if you lose the moment
you might lose a lot
so why not why not


P/s : best isn't it? feel few years younger while listen to them ;p

Tuesday, November 23, 2010

semua orang ambik SPM..hang tuah pun ambik SPM ;p

kiahahaha..teringat video alih suara cerita Hang tuah P.Ramlee tuh..{aku gelak sorang-sorang sampai sakit pinggang}
lebih kurang beberapa jam dari sekarang, adikku FATIN ATHIRAH akan berangakat pergi berperang dengan kertas-kertas peperiksaan dari Lembaga Peperiksaan Malaysia untuk Sijil Pelajaran Malaysia 2010 tahun ini..

"I know bebeh you could give your very best!!"


eheeheehee..teringat aku dulu time nak masuk dewan periksa..semua kumpul kat luar dewan..baca doa dengan muka penuh tawakal..elok-elok time tu jugak mak turun dari office nak merelakan anak dia masuk berperang denga kertas-kertas yang scary tu..aku ape lagi..sempat bergenang ayak mata, tak boleh tahan punya..termenitik jua :'(..yela..pasal jarang mak nampak sungguh-sungguh mengharapkan aku untuk SPM tahun tu..terharu tersangat..

dan air mata kesyukuran :') menjelma selepas usaha yang aku lemparkan untuk habiskan zaman persekolahan..alhamdulillah, Allah selalu gembirakan aku... bertuah kan? aku pun dipermudahkan jalan untuk capai cita-cita yang aku cuma mampu mimpi saja masa form four dulu.. ihihihi.. aku tak pernah jangka Tuhan sangat pemurah sampai macam tu sekali untuk aku.. Thank You forever :)


-semua orang pernah ambik SPM..relax la- (dah lepas boleh la cakap..hihihihi)

Wednesday, November 17, 2010

bilik terbuka

Pertama : selamat hari raya aidil adha untuk semua


Kedua : maklumla..raya haji ni tak sempat nak balik rumah.. kalu di rumah ada rumah terbuka, kat sini pulak ada bilik terbuka..mahaha..pelik-pelik saje idea kawan-kawan aku nih.. selagi boleh eratkan silaturahim (chewah..), apa-apa cara pun boleh kan..


bertempat di bilik syarifah khairina (ntah brape number bilik dia aku lupa dah..)..yang tak boleh tahan tu, ifah datang menjemput kami dengan siap berbaju raya + make-up make-up sekali dan siap suruh kami pakai baju kurung same nak sambut raya dekat bilik dia yang beberapa jengkal saje dari bilik kami..hadoih...sudah le satu block, block perempuan saje pulak tuh...layankan saje lah-,-"


sebenarnya, aku kagum dengan ifah ini, 
she went through the tough momment of her life..deal with feeling..
time exam macam ni la semua benda nak jadi..haihhh..


growing stronger aku tengok dia cuba menggembirakan hati dia..
tapi, selama aku be"roomate"kan dia selama 2 tahun, aku tahu..
ifah ni kuat hatinya..baik budaknya..dan dia banyak ubah aku jadi lebih baik..
sebagai contoh, cukup jarang nak tengok dia tak bukak Al-Qur'an dan sembahyang sunat setiap kali lepas solat fardhu...dan aku pun, terikut sama dengan perangai tuh..walaupun, tak serajin dia..hiuhuhuhu..(cuma perlu ikhlaskan hati untuk setiap ibadah yang aku lakukan, moga diterima)..


geram nih!!
hoooooih..tetiba tergeram..teringatkan masalah dia..aku duk berfikir, lelaki ni kan..depa nak apa sebenarnya dalam suatu hubungan..selalu bermanja-manjaan dan bersayang-sayangan kah yang mereka mahukan..cukup senang nak kata lonely.. niat baik perempuan untuk "renggang"kan hubungan dan elak daripada dosa-dosa, disalaherti...kesian..cuma aku nasihat bagi cakap kat dia


"Tuhan nak uji, niat baik kau ni..tabah ye" -aku memang macam ni, suka touching-touching..


Ketiga : harapan aku, semua orang dapat gembirakan hati masing-masing sempena hari raya korban ni.. ta mau sedih-sedih..selagi kita bernafas dengan izin Allah


-,- berkorbanlah setiap satu untuk capai redha-Nya -,-


Terakhir : salam aidiladha perantauan dari anakanda buat keluarga semua..uhuhuh..anakanda akan pulang bila tiba waktunya nanti..bersabarlah menanti kepulangan anakanda ini..[dendang perantau...gedik saja] 




gambar hiasan

fuuhhhh2..

fuh..fuh..fuh..(halau habuk)
errmm...tetiba malam ni je yang boleh edit new post, puas aku cuba-cuba dulu, tak boleh.. (internet problem atau minda aku yang masalah)..laktakkan!


Ya Allah...selesai sudah exam untuk semester pertama..tahun pengajian yang ketiga..aku di "pusat pengajian dan penyelidikan ubat-ubatan" di USM ni..sepatutnya sudah jadi kebiasaan, hidup selama 21-7 tahun masa tadika = 14 tahun aku duk menghadap exam saje untuk lulus dalam progress mencapai cita-cita aku...tapi, masih keKETARan, keGELISAHan, keGELABAHan, keRAGUan, keSAKITPERUTan + sakit kepala, muntah-muntah..(bunyi macam Hyperemesis gravidarum, iaitu sejenis morning sickness untuk ibu mengandung).. simptom-simptom ni, masih melanda..


Peperiksaan = sesuatu yang ngeri . tak sangka, air mata boleh tumpah sebab exam, aku sampai tekanan dan rumate turut tertekan sampai masing-masing call parent nak luahkan betapa stressnya exam kali ni..fuhhh! cukup tragis dan dramatis...


Exam kali ni hebat..aku tak tahu mana letaknya tahap perikemanusiaan pihak yang susun jadual periksa kali ni, cuma dalam masa ENAM hari, TUJUH paper aku perlu dihabiskan...kenapa tak buat dalam masa lima ke atau nak hebat lagi empat hari je..huhuhuhu..dan pasal paper-paper tu..aku hanya boleh tawakal saje.. cuma nak kongsi, rentetan minggu-minggu study week dan exam aku yang baru sangat je berlalu..




Study week start sangat awal..rasa macam sangat syok sebab sangat banyak masa untuk cover nota-nota yang terbengkalai..sebab sem ni paling mencabar buat lab report yang tiada penghujung..huohohohoho.. tak ape la, study sajela..sambil duk baca, aku banyak terfikir.. pasal apa yang agak susah untuk aku ingat dan faham apa yang aku belajar (risau ni)..mood study kadang-kadang ada, dan selalunya tiada..hehehe..aku bingung dan blur..tak kesah la tu..cuma berfikir yang


"aku dah buat, apa yang aku kena buat"
Bermula dengan kertas FAR 342 [cardiovascular system: berkenaan seluruh sistem jantung dan terapi-terapi] pada hari selasa 9 hb. dan besoknya FAR 321 [dosage form design I : berkaitan stability setiap bentuk dose dan pharmacokinetic yang best dengan tunjuk ajar Prof. Yuen], diikuti dengan LSP 300 [bahasa inggeris akademik : hahaha, padan muka aku, tu la kecik-kecik mak suruh speaking, lari keliling rumah], dan jumaat yang saket dengan FAR 351 [pharmacy practice: kaunseling bagai] di sebelah pagi dan FEL 372 [pharmaceutical marketing : belajar jual dadah] pula di sebelah petang...balik paper tuh pergi makan k.f.c, lepas geram...
hooh! cuti hujung minggu lepas tuh macam dah bermalas-malasan lah sket..sambung isnin minggu depannya pulak FAR 311 [pharmaceutical analysis : tak tau nak habaq la pasal paper ni, melampau-lampau payahnya] dan akhirnya selasa petang FAR 341 [renal, blood, respiratory system : macam biasa la, keseluruhan berserta terapi-terapinya sekali]...huh..nak taip pun penat!


dasyat jugak..tapi syok je la, dapat peluang nak belajar semua-semua ni..kecik-kecik dulu malas belajar..sekarang, haa..hamik kau! hihihihi..


ini baru secebis ilmu Allah yang kau cuba nak kutip..dengan berkat-Nya insyaAllah..lancarkan perjuangan ini..


..cuma mampu USAHA + TAWAKAL + REDHA dengan keputusanNya..


Wednesday, September 22, 2010

:)somehow that lady(:

Dear zawjati (my wife),


rich is the man yes rich indeed reaping reward in life
who choose to be the other half of a firefighter'wife


fireman's wife.who's that special lady a cut above the rest
within a category that's up among the best
she is the firefighter's wife so often left alone


a treasure which her man can proudly call his own
she can run a garden mower or paint a room in need
 and can also hold the fortress she's the miracle indeed
a mother and a sweetheart a chaueffeur and a nurse
she is the living symbol for better or for worse
such problem she must face fulfilling hearts desire,which she formulating plans he's out there fighting fire


how many times they shout 'goodbye' without a fond embrace
as duty steels her man away to the danger he must face
how many meals are ruinedand family treats postponed,
when her husband has been summoned by pager,bell or phone,
with all those tender moments so suddently disturbed
by the wail of distant signal sparkling loyalty unsured
some how that lady...
berkat hubungan hati kalian
p/s : nukilan abang ipar kepada isterinya..sayunya hati bila baca...sungguh romantik beliau rupanya..syukur kakak..dia jodoh anda..sila dan sayangi suami anda sepenuh hati...

bersemangat

alhamdulillah::cuti raya tamat sudah::
raya paling bermakna tahun ini..mungkinkah?hurmm....
walaupun dah mula kuliah..mood raya tu sangat susah nak hilang..hahaha..tak pe..
slow-slow..

tapi jangan slow sangat
ehee..sekarang, aku sangat perlu kumpulkan semangat..untuk sibukkan diri dengan kerja-kerja sekolah..
[jangan mengeluh dah..ibadah ni..dapat pahala] laksanakan dulu apa yang hang tengah buat..jangan nanti 


"yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran".


wah2, pujangga gadis melayu...
tak dapat dinafikan, memang kehidupan aku akan sibuk mulai sekarang..dalam sibuk-sibuk tu, sibuk jugak nak main facebook..hahaha..
bukan..kalau dah sakit kepala hadap notes, sakit perut hadap kuih raya, sakit mata tahan mengantuk(tapi tak de la stay up study pon..kehehe)..kita rehat-rehat minda la sebentar..


ni aku baru habis quiz FAR 311 : pharmaceutical analysis
macam biasa..tak pernah aku kata soalan semua senang-senang...cuma tawakal aje dengan berbekalkan usaha dan doa..
jumaat ni, jumpa Dr. Hassan untuk viva dan presentation case study marketing..dan minggu depan, writting test LSP..minggu depan lagi, quiz-quiz lagi..uhuuuui !


kadang-kadang, aku suka bila sibuk macam ni..sebab boleh lari dari fikirkan benda-benda sampingan yang belum pasti..contoh : cari jodoh, hidup bahagia etc.
yakinlah pada janji Allah.."perempuan yang baik adalah untuk lelaki yang baik"


kesimpulan : penuhkan ilmu di dada, bersihkan hati , perbaiki diri hari demi hari..
InsyaAllah, He is always by your side

Wednesday, September 15, 2010

mari bermula

Bermula?apa yang baru nak mula ni?---ooooh!
kini bermulala, sedikit demi sedikit kesibukan hidup aku sebagai pelajar..bagus la tu...

.:tak kan selama-lamanya aku nak beraya:.

beringatla wahai afifah!!!

start focus from now...insyaAllah :)
[walaupon banyak lagi rancangan beraya ke sana, ke sini..ihii]
sedang bersemangat aku nak sambung buat assignment..time-time beginila mozilla firefox nak buat hal..hoh!















mozilla firefox adalah penting bagi aku kerana :
-->senang nak download document ketika rakus mencari sumber untuk aku siapkan assignment tak macam chrome yang automatic download semua document..walaupun yang aku tak mau :(
-->boleh bukak banyak tabs sampai page boleh hilang sebab tersorok kat tepi tak macam chrome 
-->tak selalu "hang" dan perlu aku bukak dan tutup dan bukak balik dan restore segalanya macam chrome
-->boleh direct download video, tak macam chrome
-->aku boleh simpan page yang aku buka dan ianya restore satu persatu seperti yang aku inginkan ;p


kesimpulan : kerja tak kan menjadi mudah tanpa mozilla firefox!!wehuu..











tapi, chrome tidak la seteruk tuh..aku selalu guna chrome bila nak cepat cek email, bukak tutup facebook, berblog bila-bila bosan.. :) lagipun, chrome chomel [@,@]



---------------------------------------------------------------------
Oleh itu, aku seperti biasa...yang suka menyusahkan orang..tanyala siapa-siapa yang berkait rapat dengan bidang ni..puas aku tanya sana..tanya sini..tak ade yang free dan dapat tolong selesaikan masalah dunia aku nih..


dan datangla seorang KAWAN..yang betul-betul kawan..yang sanggup berhabis masa dan tenaga..cuba tolong aku..dan aku terkejut beruk dengan pendekatan yang dia gunakan..
iaitu Team Viewer 5..



masyaAllah..aku punyala jakun..berdebar-debar aku bila laptop sendiri dikawal dari jauh oleh kawan aku ni..rupanya boleh, benda macam ni berlaku dekat dunia ni..hue3..
itulah dunia IT, macam-macam kita buat...
tapi bergantung pada diri..nak buat benda elok atau tak elok..


-sendiri boleh fikir kan?-


puas aku godek-godek laptop ni..akhirnya, aku sendiri yang selesaikan masalah mozilla kesayangan aku ni..sebenarnya, tak de la selesai sangat pon...masih, tiap-tiap kali aku buka laptop..perlu guna mozilla firefox yang "Safe Mode" punya...tak kan selamanya aku kene buka balik dan taip balik setiap password dan bookmark yang aku dah buat?hurmm..sekali lagi..tecnology memang aku fail!!haiyaaaa..


cuba selesaikan sendiri dulula...bila dah buntu, baru tanya orang..


):jangan suka menyusahkan orang:(





Sunday, September 12, 2010

bercakap tentang RAYA

.:Bismillahirahmanirahim:.
alhamdulillah..dah masuk raya ketiga..sempat tahun ini, aku habiskan bulan Ramadhan..[ntah kenapa..sayang betul aku pada bulan Ramadhan]

mengayukan diri di pagi raya

raya pertama
*raya yang paling best setakat ini yang pernah aku lalui dalam hidup
*tok + tok wan sekali
*aku kuat untuk ucapkan ampun dan maaf pada abah dan mak (cuma Tuhan saja tahu kuat mana ego aku pada family)
*walaupun pagi raya tuh..kakak dan abang tak ada untuk ambil gambar keluarga sekali
*tapi kemeriahan dekat bilut cukup terasa untuk  raya tahun ni..[terima kasih ya Tuhan..bahagia aku rasa]
*letih, sebab anak-anak dara cucu tok dah makin berkurang..jadi, kerja-kerja memasak+melayan tetamu+bancuh air+basuh pinggan+tukang perabis makanan..semua kerja aku!!!ohooo--
*berbaloi la semua tuh..sebab jarang dapat peluang buat family gathering besar-besaran..bila lagi?time raya je la!


raya kedua
*ke open house shida..yang bakal terbang ke canada besok..salam-salam dan kiss-kiss gudbye aje lah..
* makan sampai kenyang dan tak hirau sikit pon pasal berat [risau sebenarnya..uhuuu]
*terharu dengan text dari seorang sahabat...[tolong aminkan doa dia Ya Allah]
*jaga anak-anak sedara..yang makin sukar untuk dijaga..[mencabar wibawa btol budak-budak ni]
*jadi planner skali lagi untuk gathering budak skolah...[asyik-asyik aku aje..haihhh..x ape pon!!]


raya ketiga
*ke kuantan InsyaAllah...hantar the only brother-in-law...untuk sambung recrut bomba dia..
*atau ke open house kawan-kawan seri bentong di raub!!!
*membeli new cellphone [dalam perancangan (^,^)'''pikir banyak kali woo pasal duit yang perlu dilaburkan]


hihihihihihihihihihihihihihihihihihihihihihihihihihihihi.......


raya keempat dan seterusnya
*bergembira beraya ke sana ke mari ATAU
*bergundah-gulana untuk report dan notes yang tak siap lagi...


-insyaAllah, afifah will ijaz on its :)-

Sunday, August 29, 2010

memakruh puasa :p

tangan gatal pergi click kat google dan suruh search engine masuk ke web JCO donuts & coffee time-time hampir berbuka ni...
terkecur air liur tidak terkata..terbayang keenakan dunut-donut tu...

juadah moreh aku barangkali ^,^

untuk membalas dendam...
laju tangan aku taip masage suruh rumate pergi belikan...dah alang-alang dia berbuka di luar...apa salahnya..
-kawal nafsu anda ketika berpuasa-

selamat berbuka : ) + bersama donut-donut tersayang 

.:layankan perasaan:. yang macam-macam




bila duk sorang selama cuti beberapa hari ni...macam macam yang terlintas di benak fikiran ni
macam-macam hal lah...bila rumate tak de..aku kerap buka paip kat mata ni...kalu rumate ada..segan lor...
macam-macam yang aku fikir sampai boleh alirkan ayaq mata.. :'(
pada pendapat aku tak apa..asalkan kita ubah cara fikir ke arah yang lebih positif..
instead of meratap tak tentu hala..
macam-macam jenis air mata yang telah aku alirkan
air mata penyesalan
air mata kesedihan
air mata keseorangan
air mata ketakukan
air mata kesyukuran
cuma bukan....air mata kegembiraan dan kebahagiaan


sangat aku nantikan saat itu..sesungguhnya aku tau...aku sedang mengambil ujian yang baru sedikit dari yang Maha Kaya...Dia nak tengok, sekuat mana hati aku boleh bertahan...seteguh mana aku bertaut pada Dia..dalam setiap keadaan yang aku lalui..

mengaku yang aku ini maha lemah dari pelbagai sudut...aku tak tahu, neither have any idea...apa yang terbaik untuk diri aku ini..cuma keep on praying...

"Ya Allah, jangan alihkan perhatian Kau dari aku, aku langsung tidak tahu apa akan jadi pada masa akan datang..sesungguhnya apa yang aku harap cuma Kau pimpin jalan ini..jalan yang telah Kau tetapkan ini..untuk aku...semoga ianya menjadi pengalaman dan peluang yang baik bagiku...untuk keduanya, dunia dan akhirat..terima kasih untuk segalanya..tolong terus sayangi aku" 

Saturday, August 28, 2010

hati dah terbang ~,~~

cuti yang agak lama..kerja yang agak berlambak..tapi tiada perasaan nak pulun buat kerja-kerja tuh..
perasaan??kau pergi mana?..mai la sini...habiskan semua ni untuk masa seminggu saje lagi..


"mai perasaan mai" - menjemput dengan penuh hemah-


dalam seminggu ni saja:
1. lab report sampai dua yang perlu aku settle
2. prepare untuk viva kali kedua dengan Dr. Hassan A Rathore
3. Quiz pharmacy practice yang banyak giler lagi yang aku blom baca..ayokk. tak tau!
4. siapkan report research paper sebelom balik rumah supaya dapat raya dengan tenang..insyaAllah~

tp aku tau..raya tak akan tenang punyer..
biasala..
balik cuti raya nanti...
macam-macam bakal menanti..
presentation + competition presentation dan pelbagai lagi....TAHNIAH!!!

-semoga masa lapang aku guna sebaik mungkin sebelum tiba masa sempit- 
never loose grip to Allah...He is watching over me : )

Friday, August 27, 2010

happy breakfasting

semua orang balik umah..


aku buka sorang-sorang aje la..


=(~hati meronta mau pulang~

Wednesday, August 25, 2010

kesibukan

emak 



















apa yang sibuk sangat?


aku lupa tarikh mak operate tonsil disebabkan--->1)banyak lab report
                                                                                         2)banyak lab report
                                                                                         3)sangat banyak lab report


masyaAllah..sangat tak patut la epi oi...hang tak kesian ke kat mak?


admitting:
 walau mak saya, tak macam mak orang lain..tapi dia saja mak yang saya ada... 
buruk baiknya dia....sayang mak saya...saya paham...dan saya kenal mak saya....
dia wanita yang payah nak tunjuk kasih-sayang pada anak- anak dia..tapi dia sayang anak-anak dia...
KAMI TAHU ITU..
minta ampun mak...
sebab kami pun jarang nak tunjuk rasa kasih pada mak...
tapi..kami sayang mak..semoga mak dapat ampunkan dosa-dosa kami..
atas setiap keterlanjuran..semoga mak cepat sihat..[@,@]


teringin jadi macam saya masa umur 5 tahun..lepas mak habis sembahyang...pi lari nak salam mak..sambil cakap :


"mintak ampun mak" T.T