Powered By Blogger

Wednesday, May 4, 2011

ketika Dia rindu

Ketika Allah rindu pada hambanya, ia akan mengirimkan sebuah hadiah istimewa melalui 
malaikat Jibril yang isinya adalah ujian. Dalam hadith kudsi Allah berfirman,


"Pergilah pada hambaku lalu timpakanlah pelbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya" 


-Hadith riwayat  Thabrani dari Abu Umamah-

Sunday, May 1, 2011

aduuhai..syahdunya :')



Ini kisah mereka.. kisah cinta yang insyaAllah membawa ke syurga.   Kata mak..   Mak abah berjumpa di program. (Mungkin tamrin sebenarnya) Program akhir tahun siswa siswi universiti.   Kata mak, ketika itu mak sedang menuruni tangga, dan terpandang abah. ...Itulah kali pertama mereka berjumpa mungkin. 


Cinta pandang pertama.   Mak muslimah yang solehah, beriman. Bertudung labuh dan berjubah lembut. Mak mempunyai wajah yang indah subhanAllah. Cantik dan menyenangkan. Mak pernah dipinang, malah beberapa kali. Alhamdulillah, mak senantiasa bergantung pada Allah. Setiap pinangan, mak akan istikharah. Pernah hadir sebuah pinangan untuk mak, yang mak istikharah ke atasnya. Dan kata mak..   "Mak mimpi mak pakai pakaian pengantin.. indah.. tapi mak pelik.. kenapa baju pengantin mak tak habis dijahit.. tak lengkap.."  


 Dan pinangan abah datang. Hadir, Seakan angin yang menyampaikan sinar bahagia yang menenangkan.. dan pada Allah, mak bergantung harap. Mak sekali lagi istikharah.   Dan Allah mengurniakan. Juga tanda dalam mimpi.   Mak lihat..   "Mak sembahyang,. mak solat.. dan abah.. abah yang menjadi imam.. abah yang menjadi pemimpin.."   Cerita mak sambil tersenyum..   Dengan redha, mak menerima, dengan cita-cita menjadi isteri yang solehah. Alhamdulillah.   


Aku pernah melihat surat mak pada abah semasa pertunangan. Surat cinta dahulu kala. Aku tersenyum. Hehe. Membahagiakan. Aku pernah melihat buku haraki yang dihadiahkan mak pada abah, dengan kata-kata semangat seorang muslimah kepada mujahid. Agar terus tetap dalam perjuangan. Oh, bahagianya..   Mak selalu cerita tentang kenangan manisnya..   Dulu, ketika mak mengidam mengandungkan anak sulungnya, iaitu aku, mak pernah teringin untuk makan buah, dan abah belikan 2 bekas besar khas untuk mak. Ketika mak dalam pantang dan terasa meikmati keindahan minuman, abah hadir dengan satu jug besar. Cerita mak sambil tersenyum.   


Dan begitulah abah, terlalu baik. Amat baik. Dan hidup mak senantiasa bersama abah.   Mak kadang-kadang sakit. Pernah mak pengsan dua kali. Pernah mak memasuki wad. Pernah kami sekeluarga mengalami detik-detik yang amat mensyahdukan. Abah pangku mak, dan abah menangis. Aku sebak melihat abah menangis. Dan aku tak pernah melihat abah menangis seperti itu sebelum ini. Dan abah, benar-benar menjaga mak dengan sepenuh jiwa dan raga.  



Cerita mak..   Ketika sama-sama menunaikan haji. Ketika semua jemaah sudah pulang, abah masih belum pulang walaupun sudah 2 jam berlalu. Mak risau.   Dan kelihatan abah..   "Abang ke mana? Risaunya ani.."   "Abang buat tawaf, dua kali.. satu untuk abang, dan satu untuk ani.." kata abah sambil tersenyum.   Mak terharu, biasanya tawaf setengah jam. Tapi disebabkan ramai orang, jadi sejam. Dan abah sanggup buat untuk mak.   Abah dan mak selalu berlumba untuk beribadah..   "Abang buat solat sunat tasbih lagi banyak daripada ani.."   "Isk, ani tak boleh sembahyang boleh lah abang potong.."   Dan abah hanya ketawa.   Dalam sunat tasbih, dalam solat tahajjud, dan pelbagai perkara. Di rumah ada sebuah buku. Amalan harian di bulan ramadhan, amalan setiap hari. Dan abah dan mak selalu berebut untuk buku tersebut. Selalu bertukar tangan.  


Pernah mak tanya,   "Abang suka ani marah-marah, tapi sihat ke.. atau ani diam, tapi ani sakit.."   "Tentulah abang suka ani sihat, walaupun marah-marah.." jawab abah..   Dan bila mak teringinkan sesuatu, abah akan usaha membahagiakan mak. Abah seorang tukang masak yang baik. Amat baik.   Dan abah selalu membanggakan mak.   Ke mana mak pergi, mak bangga bila orang berkata. Dan selalu berkata.   "Beruntung Ani dapat suami macam tu.."   Mak gembira.   Kadang-kadang mak pening kepala. Abah akan belai kepala mak. Bacakan ayat al-quran dengan penuh kasih sayang. Dan itu amat menenangkan mak..  


Pernah mak berkata..   "Abah terlalu baik, amat baik.. Sehinggakan mak penah terfikir, jika abah mengimpikan untuk berkahwin baru. Mak akan izinkan, mak akan benarkan.. Abah terlalu baik, dan mak senantiasa inginkan kebahagiaan abah.."   Dan abah selalu membanggakan mak, hingga saat terakhir. Hingga abah kini,   Sudah tiada.   Pergi untuk bertemu cinta agungnya..   Abah membanggakan mak dengan senyuman manisnya walaupun abah sudah tiada. Senyuman yang meredakan tangisan kami. Abah membanggakan mak dengan pujian sahabat abah kepada jenazah. 


Mak sedih, terlalu sedih. Mak peluk dan belai abah.   Ketika tangisan mak mereda. Mak berkata..   "Senyuman abah sinis, seperti senyumannya selalu untuk mengusik mak.."   Mak seakan tak lalu makan. Dan aku cuba menyuap. Mak menahan sambil menangis.   "Jangan suap mak, mak akan teringatkan abah.."   Mak tak boleh mendengar deringan telefon.   "Mak berharap sangat yang telefon tu abah.."   Mak terus menangis.. 


Sebentar mak tersenyum.   "Abah terlalu baik, sehinggakan nak mencari keburukan, susah sangat.. kecuali satu.. suara abah yang tak sedap.. Itupun mak rindukan sangat suara tu..." ujar mak..   Menarik nafas. Dalam. Amat dalam.   "Nadwan, mak perlu kuat kan? Sebab abah dah pergi dengan baik sangat. Jadi mak kena gembira. Mak kena gembira bila abah gembira. Abah, dah bahagia sangat hingga senyum begitu sekali. Mak juga nak jadi macam abah. Mesti abah dan dapat bidadari yang cantik-cantik kan?Agak-agak abah ingatkan mak lagi tak?.. "   


Mak terus tersenyum.   "Mak nak buat ibadah banyak-banyak.. mak nak jadi macam abah.. mak nak masuk syurga sama-sama... sampai nanti.. insyaAllah.. mak nak jadi ketua bidadari untuk abah di syurga nanti..."   Dan hati seorang isteri terus tabah. Mendamba penuh harapan dalam tangisan penuh kerinduan...  


P/s: kebahagiaan yang sebenar mesti akan datang ...nanti :)


.:copy tanpa izin dari sini:.

Monday, March 7, 2011

^^^susahnye la..

.:Dengan nama Allah, yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani:.

cukup susah bile nak berpura-pura gembira sedangkan hati tengah sedih ..
rasa macam tak jujur dengan diri sendiri..



tapi, jika cuma itu jalan yang Kau dah tetapkan..
hanya itu jalan yang lurus dan baik buatku..
cekalkanlah hati hamba...

aku sayang Kau, ya Tuhan..aku merayu, untuk Kau kasihkan aku..semoga KEBAIKAN menyusul bila tiba masanya nanti, dengan harapan aku akan sentiasa SABAR menunggu (-_-) amiin~

Saturday, February 26, 2011

ukhuwah sebenar^^

"Ukhuwah itu bukan terletak kepada manisnya ucapan di bibir atau kepada indahnya pertemuan, tetapi dalam ingatan seseorang kepada temannya dalam doanya"
-Imam Ghazali-
 

Friday, February 11, 2011

cintai dalam diam dari kejauhan dengan kesederhanaan dan keikhlasan :)

cukup cintai dia dalam diam dari kejauhan dengan kesederhaan dan keikhlasan..
Kerana tiada yang tahu rencana Tuhan..
mungkin rasa ini satu ujian...
yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan..

Kerana <3 ini begitu mudah untuk dibolak-balikkan..
serahkan rasa itu pada Yang Memberi dan Memilikinya..
biarkan Dia yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya..

.:copy dari artikel dahsyat, dekat sini:.

Monday, January 24, 2011

Relakan saya..

Kadang-kadang saya terfikir.
Adakah taubat saya diterima Allah?
Saya pohon taubat, saya titiskan air mata penyesalan..
tapi, hari esok, saya ulang semula..
atau, belum sampai esok hari pun, saya dah lupa..

saya terfikir,
sampai bila saya mahu jadi macam ni?
sampai bila saya harus merasa hanya sekadar sesalan?
sampai bila saya akan menjadi lemah?

saya lihat kiri, lihat kanan
manusia berubah
ada ke kiri, ada ke kanan
ada ikut akal, ada ikut perasaan, ada ikut nafsu
saya di persimpangan
kiri atau kanan?

ke kanan kadang-kadang saya tak mampu
sekejap hati tegar, sekejap lagi lemah tak berdaya
hendak ke kiri pula,
saya takut pada Yang Kuasa
saya di persimpangan

masih banyak dosa dalam diri ini
masih banyak titik hitam menutupi hati
saya takut satu hari nanti saya sudah tak endah semua ni..
saya tak endah untuk buat dosa,
saya rasa aman buat dosa
dah tak ada cinta untuk Allah di hati saya
saya takut ya Allah..
saya takut yang amat..

Ya Allah!
tunjukkanlah aku jalan benar
jalan yang Engkau redhai
jalan orang-orang yang Kau beri nikmat
tetapkanlah kaki ku di jalanMu

akanku pilih jalan ke kanan
walau ia sempit
walau penuh duri
walau penuh ranjau
kalau itu harganya hidayahMu
kalau itu nilainya taman-taman syurgaMU

maka aku RELA…

-risau dan bimbang- kalau diri ini tersalah pilih jalan :( 

"Don't worry..i will catch u if u fall"




: aku sangat perlukan sokongan :

Thursday, December 2, 2010

dua.puluh.satu

Alhamdulillah Ya Allah..Ya Tuhan..Kau panjangkan usiaku, hingga hari ini..sekejap sangat rasanya masa berlalu, terlalu pantas..secara rasmi, aku dah boleh mengundi [tapi fahaman politik satu hape pun aku tak pernah nak ambik kesah]..memanjatkan syukur dengan doa, dan solat sunat..agar aku mampu hadapi hidup di dunia ni, selalu dan sentiasa ada Dia di sisi..

 "tolong Ya Pemilik sebenar hati ini..jangan biar aku hanyut dalam indah dunia yang aku tahu tak kan kekal ke mana..hanya Kau yang kekal..tolong beri perhatian, walau sekelumit buatku, hambaMu..jangan, aku minta jangan Kau paling atau lalaikan hati ini..sebaik mungkin hati ini cuba dan terus cuba menyembah dan berserah.. dengan izinMu Allah yang Maha Penerima..terimalah ibadahku, walau ia tak sempurna dan banyak cacat-cela.. bahagiakanlah insan-insan disekelilingku..bantulah aku untuk memberi kebahagiaan dan kemudahan kepada mereka..selemah-lemah hambaMu ini berserah..dengan segala zat kebesaran yang Kau miliki..aku pohon, perkenankan doa ini" - amin -


air mata tak berhenti menitik lebih-lebih lagi lepas aku terima ucapan selamat hari lahir dari seorang sahabat..terlalu gembira mungkin..atau terlalu takut pun mungkin juga..apa yang sedih sangat dalam ucapan tu tak ade pun..cuma aku..aku..aku ni wanita biasa [mengaku la wanita..bukan budak-budak lagi]

1 Disember, macam hari-hari biasa bila aku ada di rumah..tak ada sambutan-sambutan khas menyambut hari lahir aku ni (sememangnya dari kecik macam tu..tak perlu sadis-sadis).cuma alhamdulillah, family tak lupa tarikh ni..mak belikan biskut hari jadi..untuk aku dan kakak..sebab hari jadi kakak esok (2 disember) :) hati saya suka dan gembira...


harapan aku..supaya aku dapat jadi anak,adik, kakak, isteri (insyaAllah) yang baik untuk keluargaku..sebab aku tahu..aku ni jenis yang utamakan kawan-kawan dari keluarga..bila dengan kawan-kawan, perangai aku agak berbeza dengan bila aku dengan family (bukanla aku bermusuhan dengan ahli keluarga aku)..cuma, aku dibesarkan dengan situasi yang kurang nak tonjolkan rasa kasih sayang antara kami..tapi aku tau, masing-masing sangat sayang dan ambil berat antara satu sama lain.. itulah pelik dan uniknya keluarga aku...aku boleh terima saja lah :)

dan akhir sekali..ucapan selamat hari jadi untuk diri sendiri!!!  
Selamat Hari 21 Afifah


-anda akan jadi lebih baik insyaAllah..jangan berenti berdoa..kerana Dia Maha Mendengar-